Monday 7 December 2015

Filled Under:

JETI RAPUH...!!! Detik-Detik Cemas Rombongan Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Luruh Ke Dalam LAUT...!!!


JETI RAPUH….!!! R0mb0ngan Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Luruh Kedalam Laut..!! , SHAH ALAM – “Alhamdulillah, saya selamat dan tiada sebarang kecederaan dan terima kasih semua atas d0a dan sem0ga ALLAH SWT merahmati kita sepanjang masa,” demikian ujar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie dilap0rkan jatuh ke laut selepas jeti yang dilalui bersama r0mb0ngan pengiring r0b0h dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada yang mend0akan keselamatannya.

“Adalah menjadi kebiasaan apabila saya pulang ke kawasan untuk hadir ke pr0gram-pr0gram yang telah diatur, ramai yang mengiringi perjalanan saya. Kebetulan struktur jeti tersebut tidak berapa kukuh untuk menampung semua 0rang dalam satu-satu masa.

“Ada juga kata-kata yang kurang enak didengar dan ada juga yang mentertawakan di laman-laman s0sial, tetapi saya anggap itu perkara biasa, lumrah dalam p0litik. Saya d0akan agar mereka ini diampunkan d0sa dan diberikan hidayah 0leh ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, se0rang pengguna maya memuat naik gambar insiden itu di Faceb00k dan menjadi viral.

Mengulas lanjut, Shafie menambah, adalah menjadi amalan bagi beliau untuk melawat kampung-kampung dan cuba membantu melengkapkan keperluan penduduk.

Ini kerana katanya, masih banyak lagi keperluan 0rang-0rang kampung di luar bandar memerlukan bantuan serta perhatian serius kerajaan.

“Sehingga ke saat ini pun, saya masih lagi dan akan terus melawat kampung-kampung terutama di kawasan Parlimen (Semp0rna) saya untuk terus mendengar, membantu dan menyelesaikan apa juga masalah yang dibangkitkan yang memerlukan perhatian serta tindakan segera,” katanya lagi.


sumber : http://mediapanaz.com/





0 comments:

Post a Comment